headerbanner
HUBUNGI 012-2516990 UNTUK MEMBELI EMAS/PERAK PUBLIC GOLD. SEKIRANYA ANDA DATANG SENDIRI KE MANA-MANA CAWANGAN PUBLIC GOLD, SILA BERITAHU KAKITANGAN BERTUGAS NO KOD DEALER SAYA PG015618 (JAMALUDDIN RAMLI) SEBAGAI INTRODUCER..TERIMAKASIH
 

ARTIKEL TERDAHULU
KLIK DI SINI


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL

"Penggunaan Dinar dan Dirham sebagai suatu usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus. Emas tidak sama dengan matawang kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa" TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.

"To save your family buy gold, To help our nation keep gold, To follow your religion, use gold" DATO' LOUIS NG.

"
Kita perlu melihat dari segi pulangan. Kalau ada pelaburan yang memberi pulangan yang lebih tinggi (iaitu pelaburan emas) elok kita cari yang ini.....atau pun kita pelbagaikan pelaburan kita.." SARANAN ALLAHYARHAM DATO' SALLEH MAJID DALAM PROGRAM BIJAK WANG TV3

Laporan Pelaburan Emas Oleh BERNAMA


Pelaburan Emas Program Bijak Wang TV3

Public Gold Dalam Program
 AC Disini Astro


Laporan Khas Pelaburan Emas Dalam TV9




















PELABURAN EMAS vs ASB vs BANK RAKYAT vs SIMPANAN TETAP vs TABUNG HAJI vs KWSP vs SAHAM / UNIT AMANAH

Orang ramai sudah mulai bercakap mengenai pelaburan emas. Nampaknya sudah ramai yang celik emas terutama orang Melayu yang selama ini hanya menjadikan serta berfikiran bahawa emas adalah sebagai perhiasan semata-mata.

Pelaburan yang tersebut di atas ialah pelaburan yang biasa dan rata-rata kebanyakan kita terlibat secara langsung atau tidak langsung dengannya. Walau apa pun jenis pelaburan  kita perlu bersabar kerana setiap pelaburan tersebut memerlukan masa untuk menhasilkan pulangan. Pelaburan emas merupakan pilihan yang sangat baik kepada kita kerana pulangan pelaburan ini sangat konsisten. Oleh itu disarankan supaya setidak-tidaknya kita melabur sebahagian pendapatan kita dalam pelaburan emas sebagai mempelbagaikan portfolio pelaburan.

Ikuti saranan Allahyarham Dato' Salleh Majid, mantan pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur dalam video ini



Mari kita lihat pulangan pelaburan bagi setiap porfolio pelaburan di atas.

Pelaburan Emas

Pulangan pelaburan emas bergantung kepada kenaikan harga emas. Ini adalah kerana emas merupakan penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi. Kenaikan harga emas yang konsisten  akan memberi nilai tambah kepada pelaburan dan nilai emas dalam simpanan kita. Oleh itu, pulangan pelaburan akan diperolehi apabila kita menjual balik emas yang disimpan..

Tetapi dalam keghairahan orang ramai terhadap pelaburan emas, terdapat individu atau syarikat tertentu yang mengambil kesempatan memperdaya orang ramai terutama orang melayu dengan menjanjikan pulangan wang tunai setiap bulan. Tidak hairanlah syarikat seperti ini biasanya tidak bertahan lama kerana menyalahi akta Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dengan skim cepat kaya di mana faedah pelaburan diperolehi dari pelabur-pelabur baru dan diagihkan kepada pelabur lama. Wang tersebut juga diperolehi oleh syarikat tersebut dengan meletakkan haarga emas yang saangat tinggi. Ini bermakna, wang diperolehi oleh pelabur bukanlah keuntungan dari pelaburan emas tetapi datangnya dari pelabur sendiri yang membayar mahal. Lebih buruk lagi apabila syarikat tidak menjamin akan membeli semula emas yang dijual kepada pelabur, akhirnya pelabur menjadi mangsa kerana terpaksa menjual semula emas yang dibeli kepada syarikat lain dengan harga yang lebih murah dari pasaran.

Mari kita lihat rekod pulangan emas sejak beberapa tahun dahulu

Sejak 5 tahun dahulu harga emas meningkat sebanyak  220.79%. ini bermakna purata kenaikan harga emas ialah 44.15% setahun.

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas meningkat sebanyak 385% . Ini bermakna purata kenaikan harga emas ialah 38.5% setahun.

Pelaburan ASB 


Ramai yang terlibat dengan pelaburan ini yang diuruskan oleh Perbadanan Nasional Berhad. yang biasanya memberi pulangan dalam bentuk dividend dan bonus setiap tahun. Pelaburan ini memberi kemudahan potongan gaji. Pulangan pelaburan ini ialah sekitar 7 -10% secara tahunan.

Dividend dan Bonus ASB Tahun 2001 - 2011
TAHUN DIVIDEND (%) BONUS (%) JUMLAH (%)
2001 7.00 3.00 10.00
2002 7.00 2.00 9.00
2003 7.25 2.00 9.25
2004 7.25 2.00 9.25
2005 7.30 1,75 9.00
2006 7.80 1.25 8.55
2007 7.00 1.00 8.80
2008 7.00 1.75 8.75
2009 7.30 1.25 8.55
2010 7.50 1.25 8.75
2011 7.65 1.15 8.80

Pengumuman Dividend dan Bonus ASB 2011


Dividend Bank Rakyat

Bank Rakyat akan memberi dividend terhadap pelaburan ahlinya setiap tahun purata 15% setahun. Setakat ini, Bank Rakyat telah memberi pulangan pelaburan yang tertinggi pada tahun 2011 iaitu sebanyak 20%. Walau bagaimana pun pelaburan Bank Rakyat adalah terhad dan sukar untuk menadi ahli.

Majlis Pengumuman Pulangan Pelaburan Ahli Bank Rakyat 2011


Simpanan Tetap (Fixed Deposit Bank)

Bank-bank dan institusi kewangan di malaysia menawarkan simpanan tetaap yang memberi pulangan pelaburan dalam tempoh matang yang ditetapkan sepeti 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan dan sebagainya. Secara aamnya faedah simpanan tetap atau FD ialah antara 3% - 10% setahun

Tabung Haji

Seperti pelaburan ASB, pelaburan Tabung Haji juga menyediakan kemudahan potongan gaji. Pelaburan ini bertujuan memberi kemudahan orang-orang Islam menabung untuk mengerjakan haji pada masa hadapan. Ia memberi pulangan pelaburan sekitar 6% setahun.

Laporan Berita Harian Mengenai Agihan Bonus Tabung Haji 2011



KWSP (EPF)

KWSP adalah Kumpulan Wang untuk menyimpan caruman pekerja dan majikan di bawah Akta KWSP 1991 dan Peraturan dan Kaedah KWSP 1991. Secara amnya ia bertujuan mememelihara majikan pekerja terutama selepas persaraan kelak.. Ia adaah "Simpanan Untuk Hari Tua Anda". Walau pun ia adalah simpanan "hari tua" anda, dalam keadaan tertentu sahaja dibenarkan untuk mengeluarkan caruman seperti untuk membeli rumah dan sebagainya.

Keratan Berita harian Online Mengenai Pengumuman Dividend KWSP 2011 Sebanyak 6%. Tahun  2011 KWSP Mengumukan Dividend 5.8%


Saham  / Unit Amanah


Saham dan Unit Amanah ialah pelaburan pasif dan sederhana dengan masing-masing memberi pulangan antara 8% - 15% setahun samada dalam bentuk dividen, bonus dan capital gain, memberi lebih banyak pilihan dana, diuruskan oleh konsultan untuk keluar masuk tunai dalam tempoh masa tertentu hari bekerja, dan pelabur boleh menggunakan wang kwsp untuk melabur disini.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah banyak peluang pelaburan di luar sana yang boleh diceburi yang memberi pulangan kepada wang anda. Kita harus bijak memilih pelaburan yang sesuai untuk menadikan wang bekerja untuk kita dan bukannya kita bekerja untuk wang.

UNTUK MEMBELI EMAS / PERAK, KLIK DI SINI
ATAU HUBUNGI 012-2516990


Artikel lain berkaitan ...(sila klik tajuk)
ARTIKEL TERDAHULU KLIK DI SINI





l





 



.





















































































































Authorised Public Gold Dealer
JAMAL (Kod PG015618)
TEL : 012-2516990
emas_anda@yahoo.com



Bilangan Pengunjung


Sijil Pengiktirafan
Malaysia Book Of Record


SjilMsiaBookOfRecord

Kelebihan Menyimpan Emas

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu.

2. Sifat semulajadi manusia menyukai emas

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga

7. Halal dengan akad jual beli  mengikut Islam

8. Pelaburan selamat tanpa perlu menyerahkan emas kepada pihak lain. Kalau emas banyak simpan dalam peti simpanan selamat

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga

10. Boleh dipakai, disentuh, dipegang dan dilihat .

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai

13.  Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalamnegeri berbanding membeli barangan import

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil

21.  Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank

26. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru

27.  Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan

28.  Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga. M.Nasir memberikan hantaran Dinar emas semasa berkahwin dengan Marlia  Musa.

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

30. Emas pada asalnya adalah matawang