headerbanner
HUBUNGI 012-2516990 UNTUK MEMBELI EMAS/PERAK PUBLIC GOLD. SEKIRANYA ANDA DATANG SENDIRI KE MANA-MANA CAWANGAN PUBLIC GOLD, SILA BERITAHU KAKITANGAN BERTUGAS NO KOD DEALER SAYA PG015618 (JAMALUDDIN RAMLI) SEBAGAI INTRODUCER..TERIMAKASIH
 

ARTIKEL TERDAHULU
KLIK DI SINI


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL

"Penggunaan Dinar dan Dirham sebagai suatu usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus. Emas tidak sama dengan matawang kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa" TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.

"To save your family buy gold, To help our nation keep gold, To follow your religion, use gold" DATO' LOUIS NG.

"
Kita perlu melihat dari segi pulangan. Kalau ada pelaburan yang memberi pulangan yang lebih tinggi (iaitu pelaburan emas) elok kita cari yang ini.....atau pun kita pelbagaikan pelaburan kita.." SARANAN ALLAHYARHAM DATO' SALLEH MAJID DALAM PROGRAM BIJAK WANG TV3

Laporan Pelaburan Emas Oleh BERNAMA


Pelaburan Emas Program Bijak Wang TV3

Public Gold Dalam Program
 AC Disini Astro


Laporan Khas Pelaburan Emas Dalam TV9




















RAMALAN HARGA EMAS PADA TAHUN 2013
(Kenaikan melebihi 40%..!!!)

Mulakan simpanan dan pelaburan emas anda sekarang ketika harga emas turun akibat bahang pilihanraya Presiden Amerika.

BH_11102012_CecahUSD2500

Harga spot emas sekitar USD1,680/oz
chart_05112012



Hari ni harga emas berlegar di sekitar USD1,680/oz. Merujuk kepada laporan Berita Harian bertarikh 11 Oktober 2012, pakar ekonomi meramalkan harga emas naik ke USD2,500/oz dalam tempoh 6 bulan iaitu sekitar pertengahan  tahun 2013. Ini bersamaan jumlah kenaikan melebihi 40% (perkiraan % kenaikan sebenar dari USD1,680/oz - USD2,500/oz ialah 48.8%).  

Betul ke ramalan ini? Ramai juga yang mengatakan ianya mustahil. Mungkin kita ragu-ragu tentang ramalan tersebut tetapi katahulah bahawa mereka yang membuat ramalan adalah pakar-pakar dalam menganalisis harga emas. Ramalan mereka bukanlah main agak-agak semberono sahaja .


Hakikatnya ramalan mereka adalah hasil daripada analisis kitaran pasaran (Market Cycle Analysis) ke atas komoditi emas bagi suatu jangka masa tertentu. Perlu diketahui, seperti kehidupan kita yang sentiasa berulang-ulang, Begitu jugalah dengan gelagat (behaviour) dalam pasaran Emas. Ianya akan sentiasa berulang dan inilah yang dinamakan Market Cycle.

Mari kita lihat  fakta ini......

Quantitative Easing 1 ataupun lebih dikenali sebagai QE1 telah pun diumumkan pada Disember 2008 bagi meransang ekonomi Amerika Syarikat. Dalam pakej yang diumumkan itu, Federal Reserve telah mencetak sebanyak USD300 billion dan hasilnya harga emas telah meningkat sebanyak hampir 40% dalam tahun 2009. Namun usaha Amerika Syarikat untuk meningkatkan ekonomi mereka semakin mendatangkan kegagalan, malah tindakan mencetak wang hanya menyebabkan nilai Dollar US semakin menurun.

Setahun selepas itu, Federal Reserve sekali lagi bertindak melancarkan QE2 pada Ogos 2010 di mana kali ini sebanyak USD600 billion telah dicetak bagi tujuan yang sama. Walaupun dikecam kerana gagal dalam QE1, namun US masih tidak mahu berhenti untuk terus mencetak wang Dollar kebanggaan mereka itu. Hasilnya, pergerakan harga emas telah meningkat hampir 35% sehingga bulan September 2011. Kenaikan ini juga didorong kesan Standard & Poors (S&P) yang bertindak menurunkan kredit rating dari AAA kepada AA+ pada bulan Ogos 2011. Ini adalah kesan kegagalan QE2 sepertimana kegagalan QE1 dahulu.

September 2012, sekali lagi Federal Reserve seperti diketahui ramai pihak akan melaksanakan QE3 dan sesuatu yang mengejutkan telah pun diumumkan oleh Chairman Federal Reserve, Ben Bernarke. Lihat apa yang diumumkan olehnya...

The Federal Reserve announced plans to unleash more stimulus Thursday, in its third attempt at a controversial program to rev up the U.S. economy. The policy, known as quantitative easing and often abbreviated as QE3, entails buying $40 billion in mortgage-backed securities each month. The end date remains up in the air, as the Fed will re-evaluate the strength of the economy in coming months. The Fed is wasting no time
The purchases begin Friday and are expected to add up to only $23 billion for the remainder of September.The bond-buying policy "should put downward pressure on longer-term interest rates, support mortgage markets, and help to make broader financial conditions more accommodative," the Fed's official statement said.


Harga Emas telah meningkat sebanyak 111% dari QE1-QE3. Kesan Quantitative Easing 3 (QE3) yang diumumkan oleh Federal Reserve pada 13 September 2012 lalu, bakal membawa harga emas untuk terus meningkat melebihi 40% dalam masa 6 bulan akan datang iaitu sekitar pertengahan tahun 2013.

Kesan QE Kepada Harga Emas
#QE TARIKH
DIISYTIHAR
KESAN KEPADA
HARGA EMAS DUNIA
QE1 Disember
2008
Kenaikan 40% pada
2009
QE2 Ogos
2010
Kenaikan 35% pada
2011
QE3 September
2012
Kenaikan diramal melebihi 40% pada 2013

Ada berpendapat kemungkinan, harga emas akan melonjak ke angka USD5,000/oz dan harga Silver pada kedudukan USD100/oz dalam masa 3 - 4 tahun akan datang dan ini bermakna kenaikan hampir 200%.

QE1 dan QE2 telah pun menjadi sejarah, dan QE3 yang baru diumumkan pada 13 September 2012 lalu adalah permulaan untuk kita mengorak langkah lebih luas.

Disamping ramalan harga emas akan naik pada tahun 2013, peluang keemasan terbuka luas kepada yang belum memulakan simpanan dan pelaburan emas kerana harga emas sekarang sangat rendah kerana pengaruh pilihanraya presiden Amerika Syarikat di mana Barrack Obama akan mempertahankan jawatannya November ini.

Pengaruh pilihanraya presiden US menyebabkan harga emas turun
membuka peluang untuk memulakan/menambah simpanan emas

PriceDropUSElection

Berdasarkan laporan US jobless turun daripada 8.2% ke 7.8% membayangkan ekonomi US ada penambahbaikan (improvement). Senario ini mungkin sementara disebabkan mungkin manipulasi data-data Amerika pimpinan Obama yang akan mempertahankan kerusi Presiden.

Kita tinggu dan lihat


Artikel ini ditulis pada 3 November 2012
















































































Authorised Public Gold Dealer
JAMAL (Kod PG015618)
TEL : 012-2516990
emas_anda@yahoo.com



Bilangan Pengunjung


Sijil Pengiktirafan
Malaysia Book Of Record


SjilMsiaBookOfRecord

Kelebihan Menyimpan Emas

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu.

2. Sifat semulajadi manusia menyukai emas

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga

7. Halal dengan akad jual beli  mengikut Islam

8. Pelaburan selamat tanpa perlu menyerahkan emas kepada pihak lain. Kalau emas banyak simpan dalam peti simpanan selamat

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga

10. Boleh dipakai, disentuh, dipegang dan dilihat .

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai

13.  Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalamnegeri berbanding membeli barangan import

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil

21.  Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank

26. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru

27.  Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan

28.  Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga. M.Nasir memberikan hantaran Dinar emas semasa berkahwin dengan Marlia  Musa.

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

30. Emas pada asalnya adalah matawang